Thursday, September 9, 2010

kisah di bulan puasa~

Assalamualaikum wtb! hai! hola! helo! apa khabar semua? mesti anda semua sibuk try baju raya kan? alaaa bese la, baru lepas shopping. haha. cakap pasal shopping, semalam aku g shopping lagi. da dua hari berturut-turut aku g shopping raya. bese la, aku memang camni. hari first pegi survey dulu then hari second lak, baru la borong semua. hehe.  hasilnya, aku berjaya menuai 3 helai baju dan 1 selipar. semua murah-murah ok. hehe. tapi beli punya beli, aku terlupa nak beli butang baju melayu. haish. tapi lagi, kakak aku yang baek hati lagi pemurah tu da belikan untuk aku. thanks kak mah. haha~

tiba-tiba teringat kisah di bulan puasa time kecik-kecik dulu. zaman kenakalan aku di tahap cipan. memang nakal-giler-tahap-cipan la. hehe. time kecik-kecik dulu, siyesly aku memang malas puasa. aku start blaja puasa pon time aku darjah satu. puasa penoh start darjah 6 rasanya. haha.  lambat kan. adik aku, darjah 3-4 da puasa penoh. hehe. teringat lagi time first time aku puasa. time tu umi aku suruh aku puasa. so aku blaja la. memang banyak dugaan time tu. aku asyik g dapur je. tengok-tengok makanan. tapi tak makan la. petang tu, aku g la beli kueh kat kedai depan rumah. aku beli la akok (sejenis kueh, nak taw apa dia, google la ek) siyesly, aku memang teringin giler nak makan akok tu. punya la aku tahan. haha. hati aku meronta-ronta dan bergolak-golak. urfortunately, aku tewas. aku berbuka ngan akok tu pukul 6 lebih. hehe. da dekat nak buka da kot. pastu kena marah. haha. padan muka!

then bab shopping lak. time kecik-kecik dulu, aku sangat excited bila nak g shopping raya ngan family. time ni la dapat baju, seluar n kasut baru. hehe. tapi kan, bila sampai je kat shopping complex, first thing aku buat, aku g kat bahagian mainan. time tu orang duk sibuk cari baju seluar semua, aku g cuci mata tengok mainan. alaa tengok-tengok je pon. bukan nak beli pon. nak dapat, dalam mimpi je la. haha. lau raya, aku suka pkai seluar yang ada banyak poket kat tepi tu. seluar apa orang panggil ek. besenya cap DEX. aku suka sebab poket-poket tu aku boleh letak banyak duet raya. kiri kanan atas bawah. pastu boleh letak kueh raya sekali. hehe. baju lak, aku suka brand KIKILALA or CHEETAH. kecik-kecik aku tak demand. hehe~

pastu bab mercun lak. ni la yang paling suka time bulan puasa. yela kan, mercun tu ada time bulan puasa je. bulan-bulan laen, susah nak dapat. dulu senang sangat-sangat nak dapat mercun, jiran sebelah rumah aku jual mercun. n kat mana-mana kedai pon ada jual. so takde probs sangat. tapi sekarang, perghhh susah giler. jiran aku da tak jual da.kat kedai pon belum tentu ada. nak beli, kena guna orang dalam la, orang ketiga la, apa la. da macam nak beli dadah lak. isk3. dulu bunga api tak layan. aku layan mercun dan meriam buluh je. bunga api tu untuk budak perempuan dan budak laki anak mak je. haha. bervariety mercun la aku maen. macam-macam size, macam-macam bunyi. dulu selalu maen perang-perang ngan geng-geng hujung kampung. haha. baling mercun bola kot. lau kena, siyesly raya kat hospital. maen time orang solat terawih lak tu. hehe. giler r. lepas maen perang-perang lak, g maen meriam buluh lak. ni lagi best. dum dum dum!! memang macam perang amerika dan afghanistan. lawan ngan geng laen lak. siyesly best. lepas bape puluh minit maen, pastu datang la orang bawak parang. time tu ap lagi, selamatkan lah diri dan meriam. haha~

hurmmm. tapi tu semua, dulu r. sekarang da laen. budak-budak sekarang pon da tak sama ngan dulu. sekarang aku da puasa penoh da. erkk of coz la kan. hehe. sekarang da tak g shopping ngan family, g ngan kawan-kawan. brand pon da tak sama. hehe. sekarang da jarang maen mercun. tahun lepas tak sentuh langsung tapi tahun ni, stok banyak. hahaha. rindu r time kecik-kecik dulu. time yg kite tak fikir pasal esaimen, pasal bf/gf, pasal online, pasal benda-benda laen lagi lah. time tu just pikir, enjoyy! hehe. k la Assalamualaikum wtb! adios! =]








p/s: hari jumaat raya! yay!
p/s2: "memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose~"

0 comments: