Sunday, December 26, 2010

Day 13 - A recipe

Assalamualailum wbt! yo! hello! hei! apa habaq hampa suma? sehat ka? sakit ka? lau sakit pi jumpa dokter. jangan dok buat ketegaq sangat. hehe. ok da day 13, resepi. hah? resepi? resepi kejayaan ka? hurmm ok2. aku nak cepat neh. haaaa. aku bagi je la satu resepi masakan. haa. lau nak salin, salin r. tapi zaman canggih sekarang neh orang maen COPY+PASTE je. haha. ok2 get back to action. ni la resepinya;


Nasi TURKI


bahan-bahan:
3 cawan beras beriani 
3 biji kentang 
3 labu bawang besar (dipotong bulat) 
1 tin kacang peas
1 ½ cawan minyak sapi 
3 labu bawang besar (tumis) 
1 tin kecil susu cair 
5 ulas bawang putih (digiling halus)
2 camca kecil jintan putih (digiling halus)
Bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga
Garam secukup rasa
¼ kg daging kambing atau lembu
3 biji tomato (dipotong bulat)
3 biji lobak merah (dipotong bulat)
4 sm halia (digiling halus)
5 biji telur ayam (direbus)



cara-cara:
Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar dan cengkih, pelaga serta kulit kayu manis hingga kuning. Masukkan bahan yang digiling, daging serta air. Masak hingga daging empuk. Masukkan kentang, susu, bawang besar, tomato, lobak merah dan garam. Masaklah hingga mendidih. Keluarkan semua bahan tadi kecuali daging kemudian masukkan beras. Apabila hendak dikeringkan, masukkan semula bahan-bahan tadi serta kacang peas. Ketika hendak menghidangkan, hiaskan dengan telur rebus dan bawang goreng.






haa. da salin and COPY+PASTE kan. apa lagi, p la masak. aku lapaq neh. hehe. selamat mencuba~ =]




fact of the day: "Istanbul is the only city in the world built on two continents."




p/s: fuh2. going back to UPM tonight.
p/s2: tak dapat tengok 2 perlawanan penting malam ni.
p/s3: good luck Malaysia! good luck MAN U!
p/s4: mood: worried and excited.

2 comments:

Syida Shukor said...

ingat kan masak tadi haha

de Picasso said...

hehe. xsempat nk masak. nk blek upm punye psal. hehe~