Thursday, December 30, 2010

wuuu sejukknyaa~

Assalamualaikum wbt! merhaba! selam! hola! ALHAMDULILLAHakhirnya tiba jugak di bumi Turki selepas 12jam travel. dari Istanbul tu, kami naek bas lak 6jam lagi. then sampai la kami kat Ankara, ibu negara Turki. banyak benda berlaku sepanjang perjalanan kami neh.

1) terharu sebab kawan2 datang hantar kat KLIA. thanks korang.
2) flight lama giler. 12jam. cramp punggung aku.
3) seronok naek mas. makanan sedap2, banyak citer best2, haaaa pramugari cantek2. hehe.
4) tibai selimut dalam flight. hehe. tapi balasannya, aku tertinggal snowcap aku. cis3.
5) Attartuk Airport tak bape strict. kami tak kena cek ngan imegresen Turki pon time kat airport.
6) Orang Turki baek. sanggup tolong kami. thanks korang.
7) kami ada masalah komunikasi. dorang tak taw cakap BI, kami tak taw cakap Turki.
8) Istanbul sangat sejuk time ni. 4 degree celcius woo.
9) aku sangat excited bile wap kuar dari mulut. fuh3. asyik2 hembus je.
10) naek bas yang VIP abes. ok la ngan harga.
11) banyak giler masjid kat sini. dalam 1km per segi tu, ada la lebih kurang 4 5 masjid. dan masjid dorang same je bentuk.
12) Istanbul sangat besar. penuh ngan rumah dan kilang.
13) Turki sangat cantek. permandangan lawa2 sepanjang perjalanan.
14) SALJI! siyes aku bersyukur kehadrat Ilahi sebab dapat jugak pegang SALJI. SALJI turun renyai2 woo. erk?
15) Seronok tengok bangunan dorang.comel2 je.
16) stesen bas dorang memang cantek. stail woo.
17) stesen bas Ankara da macam airport.
18) naek van lak g hostel.
19) pukul 4.40 da maghrib, isyak pukul 6.08.
20) kat Balgat ni da macam Bangsar da.
21) bilik kat hostel best. ada wireless lagi.
22) makanan kat sini banyak giler. macam2 ada. sedap2 lak tu.
23) kecoh time kami nak beli plug adapter. riuh satu kedai. seronok2.
24) da kenal da bape2 orang kat sini. ada Hasan, ada Salleh, ada Kubra, ada Mehmet. dorang sangat frenly.
25) malam dorang panjang. pukul 1700-0900 malam. selebihnya siang.
26) da tido lama tapi bangun2, still malam.
27) kami asyik snap je sepanjang perjalanan.
28) haaa. orang Turki lawa2 la. hehe.
29) best jugak blaja bahasa Turki.
30) barang kat sini mahal siket. tak dapat beli barang sangat.

emm apa lagi ek? ntah la. nak tulis sume konfem2 tak muat. ehehe. ni jela buat stakat neh.hurmm alangkah best lau dorang boleh cakap english. mesti da lagi ramai kawan. huhu. tapi tak pe lah, seronok gak. haaa jap, tahniah MALAYSIA! yeay! ari jumaat neh cuti. hahaha. eh apa kaitan ngan aku lak. hehe~ =]



fact of the day: "for it to snow, the tops of the clouds must be below 0 degress Celcius."


p/s3: mood: excited!

10 comments:

diana handsome said...

wehhh best wehhhh !! tapaukan salji untuk aku haha

.zaty. said...

uyo,salleh single lagi tak?lalala~

NadNod said...

comel outfit?! :D haha, seems like you have fun. jeles woah ;o jangan spend duit banyak sangat. kata barang mahal ;) cepat cepat balik!

Nur said...

woah..da sampai ke turki da

Syida Shukor said...

jangan lupa ole ole ! nanti nak kat upm :P

de Picasso said...

DIANA NORDIN:
apa? nak salji? haaa. ko g la amek dlm peti ais rumah ko. hahaha~ :p

de Picasso said...

zaty:
eh? ntah la. dia da berumur. tp dia manager supermarket. hehe. kaya kot. hehehe~ :p

de Picasso said...

Nadnod:
yup2. seronok la kt sni. aah la. barang mahal. emm xnak balek la. hehehehe~

de Picasso said...

nur:
haaa da sampai da. hehe~

de Picasso said...

syida:
hehee. ok2. nnt bwak blek balak turki. hehehe~ =]